Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 27 Disember 2011

KeNangan BersamaMu...

AkhirNya...Tamat sudah Kelas BBK3408 : Kesusasteraan Dalam Multimedia. Apapun, sepanjang aku belajar kat sini, kelas ni lah yang paling menarik and menyeronokkan. TAPI...hahaha...paling memenatkan sebab terlalu banyak kerja yang pensyarah bagi. Hihihi...pensyarah kesayanganku..tak lain tak bukan Dr. Nott (Dr. Normaliza)http://aammwa.blogspot.com/ . Fuhhh!!!...jgn main-main tau, tegas orangnya tapi paling baik hati. Cuma sepanjang kami menuntut ilmu dengannya, kami terpaksa mengenali bagaimana sikapnya and apa dia suka and apa dia tak suka.
          Apapun, terlalu banyak pengalaman and kenangan sepanjang aku belajar dalam kelas ni. First kuliah, aku takut jugak tengok Dr.Nott, macam-macam aku fikir, pertama sekali aku fikir kelas ni mudah tak dapat A..hehe..Dalam kelas ni, ada banyak Group, Group aku ialah Geng-Geng G-Force iaitu aku, afzan, adam, yaya, najla and nick. Alhamdulillah, sepanjang kelas ni, kami masing-masing dapat bagi kerjasama dengan baik, cuma kadang-kadang ada jugak yang timbulkan pergaduhan. Masa tu kami nak buat Klip video jam tangan. Alhamdulillah dapat settlekan dengan baik. And paling best kami jadi makin rapat dengan pengajaran yang telah berlaku.
          Kenangan yang tak dapat aku lupa ialah masa buat klip Video Dokumentari, kami sama-sama naik moto dan ronda-ronda kawasan Serdang. Apapun, thank geng-geng G-Force sebab kita semua dapat selesaikan semua tugasan yang Dr.Nott bagi dengan baik. And tak lupa jugak buat leader G-Force iaitu Afzan and Adam sebab banyak edit-edit klip video tu,hehehe...thankz my frendz. Akhir kata buat Dr.Nott terima kasih tak terhingga kerana bagi tugasan yang begitu banyak hingga tak cukup masa kami tidur, and apapun...kami bangga ada pensyarah macam Dr.Nott..moga-moga kami semua dapat A subjek Multimedia ni. TAPI untuk saya..moga-moga dapat A subjek Multimedia and Seni Lakon(Arnab)  Insyaallah dan Aminnn......



                                                     KENANGAN GENG G-Force

                                                                      Alahai...MekFa...

Kengkawan
                                                                      MekFa...N...Mekya

Khamis, 22 Disember 2011

Apa Nak Jadi Nie....

Humm...sepanjang 5semester aku belajar di UPM ni, 

Aku tak pernah lagi jadi macam nie,

Kenapa dengan aku nie, banyak nye kerja yang BELUM submit

Arrggghhhhhh....Tolong aku Ooittt...PenatNye macam ni.

Isnin, 19 Disember 2011

BBK3408 2011 G-FORCE PRODUCTION (MAK NYAH)

OnliNe Kedai Mamak

Fuhhh..!!!
Teror la aku dan mira, malam ni memang tak tidow laaa,


pukul 3.00am, masih di kedai mamak..

Tengah Online dan siapkan kerja Teater asia moden.

Mak Oiiii....punya lah susah nak cari SKRIP teater India,

Apapom,akhirNya....jumpa jugak!!!!

Ahad, 18 Disember 2011

SyaZa DaMia

Ehh...!!! .Mia nampak Pusat tuhh....
                                                                 Ehh..!!! budak bulat

Sabtu, 17 Disember 2011

Bosan

Bangun kul 6.24am

Solat subuh..sambung tidur plak...


bangun kul 9.27am

Jemur kain

sambung tidur...hey,,,last bangun kul 12.45tgh

Hayya..kuat betul aku tidur..tak pernah macam ni nih..

Badan penat sangat...!!!!

Jumaat, 16 Disember 2011

Teringat Kat Dia

Alahai...

Patut tak aku ingat kat dia lagi hah!!!...???

Dia dah jadi milik orang lain la...

Aduh!!!

Arnab....Arnab...

P/S: Jangan dikenang pada orang yang tidak sudi....hihihihi...

Lega~Puas Hati

Hummm...

Rasa lega sikit bila dah settle buat pementasan kat Umah Anak Yatim..

Seronok sangat!!!

Adik-adik riang jeeee

Mesti mereka terhibur

Walaupun aku dan kawan-kawan penat...tapi aku dah puas hati!!!

Kira-kira dah buat yang terbaik...

TERBAIK KE????

Ahad, 4 Disember 2011

Siapalah Aku


Kenapa
Masih ada ragu-ragu
Akan kewujudan-Nya
Sedangkan aku tahu
Dulunya aku tiada.

Kenapa
Kenapa aku berada disini
Dari manakah aku
Kalau bukan dari Dia
Jadi kata-Nya
Maka jadilah aku.
Dengan kudrat dan iradat-Nya

Tapi
Kenapa aku masih tidak taat pada-Nya
Sedangkan makan
Sedangkan minum
Semua dari Dia.

Siapalah aku
Kalau tidak Dia
Dan dia
Adalah segala-galanya.

Khamis, 17 November 2011

Sakit Wei~

Pukul 6:20am - Tibe-tibe jah ada binatang apa tah yang gigit kat bahu aku nih!!!                                                   

Sakit ahhhhhhh.....

Puas aku kemas- kemas tilam nak tengok kot-kot lipan yang sengat aku ni.
Tak pasal-pasal ganggu tidur aku...Heeeee...
TAPI... tak jumpa pun, tak ada 1 ekor binatang pun atas katil aku nih, tapi bahu aku dah bengkak..

Dah la ada kesan merah macam terkena gigit lipan. Aduhhhhh.....

Apa ekkkk....apa yang gigit aku  nih...???

Ahad, 13 November 2011

Hehehe...alohlaa~Mekpa


Posted by Picasa

LentoOoott

                                              Hehe...jOm kita layang...kasi tenang fikiran sikit...

Astafirullah...

       Hummm...sesuatu perkara yang sangat dijaga n selalu kami berhati-hati sebab takut kami juga akan terjebat dengan masalah ini,akhirnya....terjadi juga...moga Allah sentiasa di sisi hambanya yang perlukan petunjuk dan hidayah darinya...Tabahkan hati kami untuk lalui semua ujian dan dugaan darinya dengan tenang...aminnnn....

Selasa, 1 November 2011

Ajak Kawin..siapa ni???

Heee..geram betul, siapa lah mamat nih, call aku jam pagi-pagi lagi ajak aku kawin. 
    Aku memang naik minyak betul dengan dia ni, bila aku tanya siapa dia, boleh pulak dia gelak.
Heee...ingat aku ni apa hah!!!
     Apa dia fikir, kawin ni boleh buat main-main ke??? saja jah nak ganggu aku, teruk betul la manusia macam ni, nak bergurau pun agak-agak la,tapi sampai sekarang aku tak tahu siapa mamat ni.
     Dah la kepala tengah pening,assignment banyak lagi, tambah pulak dengan mamat sorang ni. Bukan aku layan pun tapi geram sebab fon aku asyik berdering ja. Eeeeee.....geramnya.....

Perkara Yang Tidak Boleh Dilupakan

       Perkara yang tidak boleh aku lupakan sepanjang aku hidup ni, masa sepupu aku datang serang aku di UPM. Perrgghhhg!!! Memang dahsyat la minah ni. Aku tak sangka boleh ada sepupu macam ni. Dia datang tu masa hari pertama aku start kuliah semester ni. Hari Isnin (12/9/2011) pukul 10 malam. Petang tu dia Call aku, mula-mula aku tak nak angkat, tp boleh pulak aku angkat sebab aku fikir tak nak dia fikir aku ni pengecut. So...aku angkat fon dengan cara yang baik ahhh. Aku tak nak gaduh-gaduh. Aku tak tahu la apasal dengan minah ni. Dia nak apa tah dengan aku. Jam 10 malam aku turun kat Bus stop dengan 2 orang kawan aku ni Cik A dan Cik B, saja aku bawa mereka teman aku sebab aku takut jugak sorang-sorang. Masa tu spupu aku ni datang dengan suami dia. Perggghgg..!!! bawak suami mak Ooiii...tapi tak buat aku takut pom sebab si suami dia ni kawan aku jugak.
       Yang betul-betul buat aku hairan, asal la minah ni sanggup datang dari kampung dan terus ke UPM semata-mata nak serang aku. Hummm...teruk kan??? Jumpa ja, terus dia dan suami nak tunjuk belang, macam-macam dia tanya soalan dari aku, Huh..!!! nak terbeliakk biji mata aku dengan soalan yang pelik-pelik dia ajukan tu. Apapom aku cool ja jawab. Tenang wooo....masa tu yang paling kelakar si suami pulak macam takut-takut ja dengan wife dia tu. Masa ni memang saat paling kelakar la. Mesti si suami takut bini kan.Haaahaaa....lama jugak kami bertikam lidah. makin lama aku mengadap muka pompuan ni, makin hangit badan aku. Darah mula naik daaa, geram jugak aku bila sepupu aku ni dah tunjuk belang dia,dah la datang serang- menyerang dalam upm, tempat aku timba ilmu, gunakan bahasa kasar dan apa lagi, mau bertumbuk laa TAPI bukan dengan aku,hehe,,,dengan cik A. sebenarnya Cik A dah mula naik angin sebab dah tak tahan sangat dengan mulut sepupu aku nih. Sepupu aku dengan suami dia ni aku tengok da macam lipas makan cili,Pedassss...ke hulu ke hilir...hahaha...takut jugak dia dengan Cik A ni,
        Tiba-tiba...masa kami tengah syokk gaduh, suara Cik A ni kuat hingga abang security dengar dan terus ambil tindakan dan call kat pegawai keselamatan UPM. Masa tu pegawai keselamatan ni tengah buat rondaan. Aku dengan cik A dan Cik B langsung tak perasan yang abang pegawai keselamatan tu tengah perhatikan kami semua dalam kereta. Fuhhh..!!!...dah berpeluh 1 badan aku. Masa tu abang keselamatan tu dah record semua dan siap ambil gambar kami. Entah kenapa la aku langsung tak perasan ada orang tengah perhatikan kami. Ni semua sepupu aku punya pasal. Dah tepat jam 12 dia tetap tak nak pulang. So...aku terus warning dia,jangan pijak kaki dalam UPM ni lagi. Makin geram aku dengan pompuan ni. Ni lah kali pertama aku jumpa manusia yang keras kepala dan nak menang ja langsung tak fikir panjang. 
       Lepas tu aku tinggal mereka macam tu ja tapi tiba-tiba abang security ni panggil aku dan terus arahkan aku pergi jumpa seseorang dalam kereta tempat aku gaduh tadi. Masa tu aku dah panik, apa lagi aku ikut ahhh arahan abang ni, sampai ja dekat situ, baru lah aku tahu yang aku di perhatikan oleh pegawai keselamatan. Macam-macam dia soal aku, kad matrik aku pulak dia ambil. Nak nangis aku  rasa. Haa...masa ni dah ketar lutut sepupu aku tuh. Tahu jugak dia tu perasaan takut,tadi bukan main dia tu macam samseng tahi minyak aku tengok. Nahhh..!!! kan dah kene,padam muka. Mereka dihalau keluar dari upm ni. Tapi masa tu aku pun takut jugak sebab kad matrik aku abang keselamatan tu dah ambil. Saat ni aku betul kesal, disebabkan sepupu aku tu aku di soal. Dah la ni first time aku jadi macam ni. Sepanjang aku belajar disini, tak pernah aku buat masalah. Macam-macam abang tu bagi nasihat, aku tahu mereka buat macam tu sebab mereka nak jaga keselamatan aku sebagai student dalam upm ni Sebagai student aku mesti fikir dulu sebelum buat sesuatu perkara supaya aku tak timbulkan masalah kepada orang lain. Masa tu aku rasa bersalah sebab buat kecoh dalam kawasan kolej, tapi apa aku boleh buat sebab sepupu aku tu datang terjah macam tu je.Dia buat bodoh sombong jelah.

Kesimpulan : Sebagai manusia yang telah dikurniakan akal fikiran yang baik, jangan lah kita bertindak membabi buta sahaja tanpa fikirkan risiko yang akan ditanggung orang lain akibat dari perbuatan kita itu.
Sentiasalah muhasabah diri dan janganlah kita sentiasa fikir, semua tindakan yang kita buat sentiasa betul. Jadilah manusia yang sebaik-baik manusia dan sentiasalah berfikiran rasional.

AaauCaaakkkk...!!!!


Posted by Picasa

Khamis, 20 Oktober 2011

My Life Is About J..???

Jasper..
ehemm..siapa ekk???
rasa-rasanya Jasper ni penjaga bilik DrNotts
mungkin makhluk bunian
mungkin juga hantu


Jonah...
Jonah ni mungkin  kawan DrNotts
tapi mungkin juga keluarga DrNotts
 
John..
lelaki British yang sama-sama dengan DrNotts semasa di Switzerland
**Rasa-rasanya, jawapan ini dah betul kott~~

Rabu, 19 Oktober 2011

Alahai...Rindunyaaa

Nur Syaza Damia > Heee...rindunya Cik Teh kat Mia tau, kawan-kawan nie la anak buah aku. Comei kan?? macam mak saudara dia kan,,,hehe...bulat kan mata dia, cute sangat, tapi matanya tak sama dengan mata aku..kikiki...i love you baby...



aarrgghhh~Teruk betul laa aku nie

         Teruk betul aku ni, dah la semalam tidur awal..jam pukul 1.30am pun aku dah lending,,study tu langsung tidak,,isShh..apa nak jadi la dengan aku ni, hari ni pulak bangun lewat~kelas Multimedia pukul 10am. Kelam kabut aku dibuatnya...nasib baik ada adik junior ni tolong tumpangkan aku naik moto dia. Kalau harapkan tunggu bus, alamakkk..jawapannya duduk kat luar laa aku, pasti aku tak dapat masuk kelas...bila masuk dalam kelas pulak, Adussss....!!!...aku xpost lagi kerja yang Dr.Nott bagi minggu lepas,,Coppp!!! bukan aku malas ya, tapi kat bilik aku langsung tak boleh nak Online. Tambah pulak broadband aku buat hal..hehe...bukan broadband buat hal tapi aku nie tidak bayar lagi..bil dah melambung bulan ni...hihihihi....

Selasa, 4 Oktober 2011

Penantian Yang Tiada Noktahnya

Menunggu sesuatu yang sangat mengebalkan bagiku,
Saat aku harus bersabar dan terus bersabar,
Menantikan kehadiran dirimu,
Entah sampai kapan aku harus menunggu,
Sesuatu yang sangat sulit untuk aku jalani,
Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu,
Kadang aku berfikir cari penggantimu,
Saat kau jauh di sana.....

Walau raga kita terpisah jauh,
Namun hati kita selalu dekat,
Bila kau rindu..pejamkan matamu,
Dan rasakan aku...
Kekuatan cinta kita tak akan pernah rapuh,
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini..pada ketulusan akuuuu....

Gelisah..sesaat saja tiada khabarmu kucuriga,
Entah penantian aku tak akan sia-sia,
Dan berikan satu jawapan yang pasti,
Entah sampai kapan aku harus bertahan,
Saat kau jauh di sana,
Rasa cemburu,meresap ke dalam
fikiran aku melayang...
Tak tentu arah tentang dirimu,
Apakah sama yang kau rasakan.....

Sabtu, 1 Oktober 2011

Kuatkan Semangat Wahai Abah..

26/6/2011~ Pada hari tersebut, aku di khabarkan oleh kak Anis bahawa abahku telah masuk Hospital kerana diserang sakit strok. Masa itu aku sedang makan dengan kawan-kawan, pada saat itu aku sangat terkejut dan tidak dapat bayangkan keadaan abah yang selalu sihat tapi tiba-tiba jatuh sakit..aku sangat sedih, aku tak dapat tahan sebak dan terus menangis. Pada saat itu, apa yang ada dalam fikiran aku hanyalah nak balik kampung. Aku asyik call umi, and nak tahu apa perkembangan abah. Umi bagitahu yang abah aku dah tak dapat bergerak sebab dah lumpuh sebelah badan. Masa tu abah pula tak dapat terima yang dia tak dapat bergerak. Yaallah, masa itu aku sangat sedih. Sejak abah aku jatuh sakit, aku and keluarga jaga abah dengan baik and kami selalu bagi semangat pada abah supaya abah makin kuat untuk lawan sakitnya itu...Kepada abah ku yang tersayang,,moga abah sentiasa kuat untuk hadapi semua dugaan ini...Kami sentiasa mendoakan yang terbaik buat abah.

Ahad, 25 September 2011

Keluarga Bahagia

Bismillahirrohmanirrohim...alahai tenang saja hati aku bila melihat raut wajah keluarga aku nie.Gambar ini adalah kenangan semasa aku dan keluarga pergi bercuti di Terengganu. Waktu ini, aku seronok sangat taw,,dapat melihat keindahan di sekeliling Masjid Kristel...Huhuhu...seronok sangat...