Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 1 Oktober 2011

Kuatkan Semangat Wahai Abah..

26/6/2011~ Pada hari tersebut, aku di khabarkan oleh kak Anis bahawa abahku telah masuk Hospital kerana diserang sakit strok. Masa itu aku sedang makan dengan kawan-kawan, pada saat itu aku sangat terkejut dan tidak dapat bayangkan keadaan abah yang selalu sihat tapi tiba-tiba jatuh sakit..aku sangat sedih, aku tak dapat tahan sebak dan terus menangis. Pada saat itu, apa yang ada dalam fikiran aku hanyalah nak balik kampung. Aku asyik call umi, and nak tahu apa perkembangan abah. Umi bagitahu yang abah aku dah tak dapat bergerak sebab dah lumpuh sebelah badan. Masa tu abah pula tak dapat terima yang dia tak dapat bergerak. Yaallah, masa itu aku sangat sedih. Sejak abah aku jatuh sakit, aku and keluarga jaga abah dengan baik and kami selalu bagi semangat pada abah supaya abah makin kuat untuk lawan sakitnya itu...Kepada abah ku yang tersayang,,moga abah sentiasa kuat untuk hadapi semua dugaan ini...Kami sentiasa mendoakan yang terbaik buat abah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan