Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 1 November 2011

Perkara Yang Tidak Boleh Dilupakan

       Perkara yang tidak boleh aku lupakan sepanjang aku hidup ni, masa sepupu aku datang serang aku di UPM. Perrgghhhg!!! Memang dahsyat la minah ni. Aku tak sangka boleh ada sepupu macam ni. Dia datang tu masa hari pertama aku start kuliah semester ni. Hari Isnin (12/9/2011) pukul 10 malam. Petang tu dia Call aku, mula-mula aku tak nak angkat, tp boleh pulak aku angkat sebab aku fikir tak nak dia fikir aku ni pengecut. So...aku angkat fon dengan cara yang baik ahhh. Aku tak nak gaduh-gaduh. Aku tak tahu la apasal dengan minah ni. Dia nak apa tah dengan aku. Jam 10 malam aku turun kat Bus stop dengan 2 orang kawan aku ni Cik A dan Cik B, saja aku bawa mereka teman aku sebab aku takut jugak sorang-sorang. Masa tu spupu aku ni datang dengan suami dia. Perggghgg..!!! bawak suami mak Ooiii...tapi tak buat aku takut pom sebab si suami dia ni kawan aku jugak.
       Yang betul-betul buat aku hairan, asal la minah ni sanggup datang dari kampung dan terus ke UPM semata-mata nak serang aku. Hummm...teruk kan??? Jumpa ja, terus dia dan suami nak tunjuk belang, macam-macam dia tanya soalan dari aku, Huh..!!! nak terbeliakk biji mata aku dengan soalan yang pelik-pelik dia ajukan tu. Apapom aku cool ja jawab. Tenang wooo....masa tu yang paling kelakar si suami pulak macam takut-takut ja dengan wife dia tu. Masa ni memang saat paling kelakar la. Mesti si suami takut bini kan.Haaahaaa....lama jugak kami bertikam lidah. makin lama aku mengadap muka pompuan ni, makin hangit badan aku. Darah mula naik daaa, geram jugak aku bila sepupu aku ni dah tunjuk belang dia,dah la datang serang- menyerang dalam upm, tempat aku timba ilmu, gunakan bahasa kasar dan apa lagi, mau bertumbuk laa TAPI bukan dengan aku,hehe,,,dengan cik A. sebenarnya Cik A dah mula naik angin sebab dah tak tahan sangat dengan mulut sepupu aku nih. Sepupu aku dengan suami dia ni aku tengok da macam lipas makan cili,Pedassss...ke hulu ke hilir...hahaha...takut jugak dia dengan Cik A ni,
        Tiba-tiba...masa kami tengah syokk gaduh, suara Cik A ni kuat hingga abang security dengar dan terus ambil tindakan dan call kat pegawai keselamatan UPM. Masa tu pegawai keselamatan ni tengah buat rondaan. Aku dengan cik A dan Cik B langsung tak perasan yang abang pegawai keselamatan tu tengah perhatikan kami semua dalam kereta. Fuhhh..!!!...dah berpeluh 1 badan aku. Masa tu abang keselamatan tu dah record semua dan siap ambil gambar kami. Entah kenapa la aku langsung tak perasan ada orang tengah perhatikan kami. Ni semua sepupu aku punya pasal. Dah tepat jam 12 dia tetap tak nak pulang. So...aku terus warning dia,jangan pijak kaki dalam UPM ni lagi. Makin geram aku dengan pompuan ni. Ni lah kali pertama aku jumpa manusia yang keras kepala dan nak menang ja langsung tak fikir panjang. 
       Lepas tu aku tinggal mereka macam tu ja tapi tiba-tiba abang security ni panggil aku dan terus arahkan aku pergi jumpa seseorang dalam kereta tempat aku gaduh tadi. Masa tu aku dah panik, apa lagi aku ikut ahhh arahan abang ni, sampai ja dekat situ, baru lah aku tahu yang aku di perhatikan oleh pegawai keselamatan. Macam-macam dia soal aku, kad matrik aku pulak dia ambil. Nak nangis aku  rasa. Haa...masa ni dah ketar lutut sepupu aku tuh. Tahu jugak dia tu perasaan takut,tadi bukan main dia tu macam samseng tahi minyak aku tengok. Nahhh..!!! kan dah kene,padam muka. Mereka dihalau keluar dari upm ni. Tapi masa tu aku pun takut jugak sebab kad matrik aku abang keselamatan tu dah ambil. Saat ni aku betul kesal, disebabkan sepupu aku tu aku di soal. Dah la ni first time aku jadi macam ni. Sepanjang aku belajar disini, tak pernah aku buat masalah. Macam-macam abang tu bagi nasihat, aku tahu mereka buat macam tu sebab mereka nak jaga keselamatan aku sebagai student dalam upm ni Sebagai student aku mesti fikir dulu sebelum buat sesuatu perkara supaya aku tak timbulkan masalah kepada orang lain. Masa tu aku rasa bersalah sebab buat kecoh dalam kawasan kolej, tapi apa aku boleh buat sebab sepupu aku tu datang terjah macam tu je.Dia buat bodoh sombong jelah.

Kesimpulan : Sebagai manusia yang telah dikurniakan akal fikiran yang baik, jangan lah kita bertindak membabi buta sahaja tanpa fikirkan risiko yang akan ditanggung orang lain akibat dari perbuatan kita itu.
Sentiasalah muhasabah diri dan janganlah kita sentiasa fikir, semua tindakan yang kita buat sentiasa betul. Jadilah manusia yang sebaik-baik manusia dan sentiasalah berfikiran rasional.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan